Search
  • QL FOODS SDN BHD

Tawaran 100 peluang pekerjaan di Perak, gaji lebih kurang RM2,000 sebulan termasuk OT dan elaun

Updated: Jul 13



Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai individu kehilangan pekerjaan dan hilang punca pendapatan.


Lebih memburukkan keadaan, kes kemurungan juga meningkat sehingga ada yang memilih untuk membunuh diri kerana terlalu tertekan seperti mana yang dilaporkan di media-media tempatan.


Menyedari waktu sukar ini, kami syarikat QL FOODS SDN BHD yang merupakan pembekal makanan (essential industry) berbesar hati menawarkan 100 peluang pekerjaan kepada orang ramai khususnya yang berada di luar kawasan.


Usaha ini sedikit sebanyak bagi membantu masalah jumlah pengangguran tinggi yang melanda negara sejak lebih setahun yang lalu.

Individu yang berminat dan ikhlas untuk bekerja demi menyara keluarga dialu-alukan untuk menyertai kami yang beroperasi di Hutan Melintang, Perak.


Tawaran jawatan kosong adalah seperti berikut :


Jawatan : Pekerja Am

Syarat-syarat :

  • Bekerja 6 Hari seminggu

  • Waktu bekerja 11 jam sehari (termasuk waktu kerja biasa 8 jam)

  • Sanggup kerja pada syif tengahari (Noon shift)-Elaun Syif diberikan

  • Elaun kedatangan diberikan untuk kedatangan penuh

  • Gaji kasar bulanan lebih kurang RM 2,000 sebulan (termasuk kerja lebih masa dan elaun)

  • Caruman KWSP, Perkeso dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) diberikan.

  • Tempat penginapan disediakan untuk pekerja luar Kawasan yang melebihi 100 kilometer


Sekiranya berminat, sila hubungi Jabatan Sumber Manusia ditalian

05-6415 805

atau

016-559 3582

untuk aturan temuduga secara talian.



1,165 views0 comments